fb fb fb fb fb

Lelaki warga asing bawah pengaruh dadah cedera langgar pagar Istana

Foto FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan

JOHOR BAHRU, 28 Oktober - Seorang lelaki warga asing yang berada di bawah pengaruh dadah cedera selepas kereta dipandunya melanggar pintu pagar Istana Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

"Suspek gagal mengawal kenderaannya ketika melalui selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan. Kereta suspek turut melanggar dua buah kereta lain," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Raub, dua penumpang lain yang turut berada dalam kenderaan tersebut tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN