fb fb fb fb fb

Lelaki samun remaja dalam lif ditahan - Polis

(Tangkap layar video kejadian/@abgsukesantai)

JOHOR BAHRU, 18 Oktober- Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun semalam selepas terlibat dalam melakukan samun ke atas seorang remaja lelaki di dalam lif di sebuah pangsapuri, Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata ia susulan video tular yang dikesan, selain menerima laporan polis daripada mangsa berusia 14 tahun berkaitan kejadian pada Ahad lalu.

"Bertindak atas maklumat, polis telah membuat serbuan dan berjaya merampas sebuah telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut. 

"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah.

"Suspek juga positif dadah jenis morphine. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.


(Tangkap layar video kejadian/@abgsukesantai)

Media Baharu