KUANTAN, 10 Februari- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Berkelah, Jalan Maran- Gambang, Kuantan, Pahang.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata ketika kejadian, mangsa Harun Mahmud, 20, dipercayai sedang mandi bersama-sama enam rakannya, tengah hari tadi.
Tambahnya, mayat mangsa ditemukan pada pukul 12.55 tengah hari tadi.
"Seramai 11 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan.
"Pasukan bomba kemudian melakukan operasi pencarian 'surface searching' dan menggunakan 'grappling iron' di lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan.