MIRI, 8 November - Seorang lelaki maut ditempat kejadian selepas terlibat dengan kemalangan kendiri di Jalan Kuala Baram Bypass, Miri pada Khamis, pukul 6.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Miri (KPD Miri), Alexson Naga Chabu mengesahkan telah menerima satu laporan polis mengenai satu kemalangan maut melibatkan sebuah Kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 55 tahun.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati, semasa tiba di lokasi kejadian mangsa yang memandu kenderaan ke tempat kerja di Shin Yang Shipyard telah hilang kawalan dan telah terbabas ke dalam semak berhampiran jalan.
"Kemalangan ini menyebabkan kenderaan mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tudan semasa menerima rawatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Susulan daripada laporan polis tersebut, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.