KRUBONG, 4 April- Seorang lelaki maut, dipercayai jatuh dari tingkat sembilan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berstatus duda berusia 45 tahun itu ditemui orang awam di atas bumbung tingkat dua perumahan berkenaan kira-kira pukul 5.55 petang semalam.
"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.
Mangsa juga dilaporkan tinggal seorang di salah sebuah unit di tingkat sembilan berkenaan," katanya di sini.
(Mayat mangsa dijumpai di atas bumbung tingkat duabangunan
pukul 5.55 petang semalam)
Tambah beliau, mangsa dibawa turun dari lokasi dia dijumpai oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka .
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.