SRI AMAN, 9 Mac-Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dalam kemalangan kendiri di Jalan Engkaramut, di sini pada petang Sabtu.
Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie hari ini, dalam kejadian sekitar pukul 4.20 petang itu David Pantau, 57, maut dihempap motosikalnya selepas terjunam ke dalam parit.
Pasukan paramedik Hospital Sri Aman yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.