fb fb fb fb fb

Wanita maut, dirempuh bas ketika melintas

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 9 Mac - Seorang wanita berumur lingkungan 30 tahun, maut selepas dilanggar bas di Jalan Permas Utara, di sini, pukul 4.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan, kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak terbengkalai.

Ketika kejadian, bas berkenaan sedang bergerak dari Taman Permas Jaya, menghala Bakar Batu, sebelum wanita yang dipercayai gelandangan itu, melintas jalan secara tiba – tiba.

Pemandu bas terlibat tidak sempat mengelak, lalu melanggar mangsa, yang kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Identiti wanita itu masih belum dikenalpasti, dan polis memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, untuk tampil memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD