fb fb fb fb fb

Lelaki lemas ketika memukat, dua lagi selamat

Foto JBPM Labuan

LABUAN, 9 Oktober - Seorang lelaki meninggal dunia kerana lemas manakala abang dan rakannya terselamat selepas dilanda air pasang ketika memukat di pantai Kampung Pohon Batu, di sini malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar pukul 11.11 malam.
 
"Setibanya di lokasi, pasukan mendapati tiga mangsa berada di tepi pantai. Dua daripadanya dalam keadaan pengsan manakala seorang lagi lemah," jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, mangsa, 50, telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan manakala seorang lagi telah dihantar ke hospital Labuan untuk rawatan.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN