fb fb fb fb fb

Lelaki hilang disambar buaya ketika menangkap ikan

Operasi mencari dan menyelamat Lawrence Adi Raynold diaktifkan pagi ini

PANTU, 13 Mei- Seorang lelaki dari Kampung Bangkong Asal, Pantu dalam Bahagian Sri Aman hilang selepas disambar buaya semalam. 

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5.00 petang ketika mangsa bersama tiga rakannya sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang, Bangkong, Pantu. 

Mangsa dikenali sebagai Lawrence Adi Raynold, 32 tahun. 

Jarak rumah panjang mangsa dari lokasi kejadian dianggarkan mengambil masa 40 minit.  

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman menerima laporan kes berkenaan menerusi panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman pada pukul 7.30 malam tadi. 

Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pagi ini. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE