fb fb fb fb fb

Lelaki hilang dipercayai terjun dari Jambatan Guai Bera ditemukan lemas

MARAN, 29 Mac- Seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjun dari Jambatan Guai Bera pada Ahad lalu ditemui lemas petang tadi.

Mangsa, Mohd Ibrahim Suhaimi, 28 tahun yang berasal dari Felda Triang Satu dijumpai terapung di Lubuk Kertau Chenor, 30 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, mayat dijumpai pada pukul 4.15 petang tadi oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).


(Gambar Fail)

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk bedah siasat.

Dalam kejadian 4 petang Ahad lalu, mangsa dipercayai menaiki sebuah kenderaan ke jambatan itu sebelum terjun.

Ia disedari seorang penduduk yang sedang memancing berdekatan jambatan melihat kejadian itu segera menghubungi talian kecemasan.

Media Baharu