fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan mati lemas dipercayai terjun sungai

KUALA NERUS, 7 Februari- Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, bawah Jambatan Sultan Mahmud malam tadi.

Mayat mangsa yang dianggarkan berusia sekitar 40-an itu ditemukan kira-kira pukul 9.10 malam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus Azmi Omar seramai 22 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.40 malam.

Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu berjaya dikesan kira-kira 10 minit pencarian dilakukan.

"Kedalaman air lebih kurang tiga meter dan jarak dalam 50 meter daripada mangsa turun dan dalam masa sama air sedang pasang jadi ada sikit kesukaran jadi anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) berjaya mengambil masa dalam 10 minit," katanya ketika ditemui pemberita.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

(Azmi Omar)

Media Baharu