fb fb fb fb fb

Kedah, Terengganu dilanda banjir susulan hujan lebat

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Kedah dan Terengganu menjadi dua negeri terbaharu dilanda banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Di Kedah, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Mukim Karangan dekat Kulim susulan hujan lebat lebih dua jam sejak 2.00 petang Isnin.

PPS Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Insaniah Jangkang itu dibuka pada pukul 6.00 petang.

Setakat ini jumlah penduduk terejejas banjir sedang dikumpul berikutan proses pemindahan dilakukan secara berperingkat.

Sebanyak 25 rumah di Kampung Padang Limau terjejas .

Sementara itu, Terengganu kembali dilanda banjir apabila sebuah (PPS) dibuka di daerah Kemaman pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Seramai lapan keluarga melibatkan 25 penduduk terjejas banjir di tempatkan di PPS SK Lembah Jabor.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku di daerah Kemaman sehingga hari ini (Selasa).

Di Johor, terdapat 155 penduduk terjejas masih berada di tiga PPS malam tadi berbanding 355 orang pada 4.00 petang pada Isnin.

Penduduk yang ditempatkan di dua PPS di Batu Pahat adalah seramai 129 orang daripada 34 keluarga manakala di Segamat, seramai 26 orang daripada sembilan keluarga kekal berada di sebuah PPS.

(Foto hiasan)

Media Baharu