fb fb fb fb fb

Isu pembangunan di Borneo perlu diberi perhatian-Johari Ghani

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Isu pembangunan di Sabah dan Sarawak perlu terus diberi perhatian.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen, Datuk Johari Abdul berkata ia selaras hasrat memastikan penduduk wilayah itu menikmati infra dan kemudahan yang saksama dengan warga di Semenanjung.


"Selama 15 tahun di Parlimen, saya sentiasa bercakap tentang isu pembangunan di Borneo. Mereka agak tertinggal berbanding Semenanjung dan kita harus beri perhatian", katanya.

Tambah Datuk Johari, semua pihak khususnya ahli parlimen perlu berganding bahu dan bersama-sama dengan kerajaan agar dapat merealisasikan usaha merapatkan jurang pembangunan terutama di kawasan luar bandar.

"Sama ada wakil rakyat tersebut daripada pembangkang atau kerajaan perlu memberikan idea bagi membolehkan dasar-dasar pembangunan dapat memberi impak kepada rakyat", ujarnya ketika ditemui selepas menjadi tetamu Program Bicara Naratif 'Memartabat Demokrasi Berparlimen' di Angkasapuri.


(Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul/FOTO RTM)

Media Baharu