(Foto Polis Muar)
MUAR, 22 Mei- Seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat penyeludupan arak dan rokok tanpa cukai di sebuah rumah di Sri Menanti, Parit Jawa di sini, 17 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek 56 tahun aktif melakukan kegiatan itu sebulan lalu.
"Polis merampas 1,631 karton rokok dan 72 botol arak yang dipercayai belum mendapat kelulusan kastam.
"Nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM103,514.
"Suspek mempunyai lima rekod lampau dengan beberapa kesalahan sebelum ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967," katanya menerusi kenyataan.
Tambahnya, orang ramai dinasihat tidak terlibat dengan sebarang penyeludupan serta terus menyalurkan maklumat kegiatan tersebut.
Pihaknya akan terus mengekang dan membanteras kegiatan penyeludupan terutamanya di Muar.
(Foto Polis Muar)