fb fb fb fb fb

Lelaki dikhuatiri lemas, mandi di Empangan Batang Ai

Empangan Batang Ai / Foto RTM

LUBOK ANTU, 5 Oktober - Seorang lelaki hilang, dikhuatiri lemas semasa mandi di empangan Batang Ai dekat Lubok Antu, di Sarawak, petang tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Abang Muhammad Fhazil Abang Abdul Manaf, mangsa dikenali sebagai 'Budak Tom' berusia 31 tahun.

Semasa kejadian, mangsa dilaporkan sedang berenang ke tengah empangan sebelum lemas.

Berdasarkan keterangan isterinya, mangsa sempat menjerit meminta tolong sebelum hilang dari permukaan air.

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan malam ini dengan bantuan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA).

Pasukan tersebut akan menyelam di lokasi terakhir mangsa dilaporkan tenggelam.

EMMI NORALIZA ADNAN