fb fb fb fb fb

Lebih seratus kenderaan terkandas di Jalan Gua Musang-Lojing

Lebih seratus kenderaan terkandas di Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau

GUA MUSANG, 24 Disember- Lebih seratus kenderaan yang menggunakan laluan Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau terkandas selepas laluan itu dilimpahi air anak sungai susulan hujan lebat hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.00 pagi itu, kira-kira lebih 300 pengguna laluan ke Cameron Highlands, Pahang atau bandar Gua Musang terkandas selepas jalan tersebut dinaiki air.

Tinjauan RTM mendapati, perjalanan pengguna jalan untuk ke Cameron Highlands dan Ipoh, Perak tergendala apabila air banjir di laluan tersebut masih belum menunjukkan tanda surut.

Namun, terdapat juga kenderaan berat seperti lori dan pacuan empat roda meredah air banjir di laluan berkenaan.

Bagi pengguna jalan Chia Yon Chan, dia tidak dapat mengetahu berkenaan laluan itu dinaiki air, "pukul 10.15 baru sampai sini dan tidak dapat apa-apa maklumat berkenaan banjir.

"Tidak sangka kawasan tinggi dan berbukit boleh banjir. Saya mungkin menangguhkan perjalanan dahulu dan tunggu air surut," katanya

Menurut Hazwan Mat Hazmi yang berkonvoi untuk balik ke Lojing turut terkandas.

"Kami berkonvoi 10 orang dengan 10 motosikal, dan terkandas di sini pukul 6.00 pagi. Kami jarang menggunakan laluan ini, kira-kira sebulan sekali lau di jalan pos Blau," katanya.

Sementara itu Aminah Zakaria berkata, dia mendapat tahu berkenaan banjir pukul 6.00 pagi tadi.

"Berpunca dari sungai besar, sebelum ini pihak berwajib sudah mencuci kawasan yang sudah dikorek namun ia masih lagi terjadi.

"Diharapkan pihak berwajib ada cara untuk mengatasi banjir bagi mengurangkan permasalahan ini kerana sini laluan utama. Penduduk terputus bekalan makanan juga kerana kedai kebanyakannya di arah laluan ke Gua Musang," katanya.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang berkata, kedalaman paras air sehingga pukul 9.00 pagi tadi adalah 0.76 meter dan sepanjang 50 meter kawasan yang terlibat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI