fb fb fb fb fb

Lebih RM38.2 juta kerugian akibat banjir di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Polis Terengganu menganggarkan kerugian lebih RM38.2 juta akibat banjir baru-baru ini berdasarkan 6,923 laporan yang diterima setakat Isnin lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata bilangan laporan tertinggi diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut iaitu sebanyak 2,471, diikuti IPD Hulu Terengganu (732), IPD Kemaman (871) dan IPD Dungun (498).

"IPD Setiu pula merekodkan 454 laporan manakala Marang sebanyak 220 laporan," kata Rohaimi dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Rohaimi berkata jumlah kerugian sebenar dianggarkan melebihi daripada jumlah berkenaan berikutan ramai mangsa banjir yang membuat laporan tidak menyatakan jumlah kerugian secara tepat.

Dalam pada itu beliau berkata seramai 154 pegawai dan anggota polis Terengganu terjejas akibat bencana itu yang berlaku Disember lepas.

(FOTO FAIL)

"Kerugian dalam kalangan anggota dan pegawai dianggarkan sekitar RM1 juta, bagaimanapun bantuan sudah diagihkan menerusi ketua polis daerah masing-masing," katanya.

Media Baharu