fb fb fb fb fb

Lebih RM2.5 juta diagih, Tabung Musa'adah manfaatkan 8,866 isi rumah

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Dr. Ridzwan Bakar

PUTRAJAYA, 14 Januari- Tabung Musa'adah berjaya memungut sebanyak RM6.5 juta sepanjang tahun 2024.

Daripada jumlah itu sebanyak RM2.6 juta diagihkan kepada  8,866 ketua isi rumah.

Bantuan bencana banjir pula mendapat agihan tertinggi iaitu lebih RM1.5 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Dr. Ridzwan Bakar, pihaknya yang berperanan sebagai pemegang amanah untuk dana itu bersedia membuat agihan kepada mereka yang memerlukan sekiranya berlaku bencana termasuk kebakaran serta golongan asnaf pada tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Agihan Tabung Musa’adah 2024 di Putrajaya.

Sepanjang tahun lalu, sebanyak RM82,700 telah diagihkan untuk kluster bencana kebakaran dan RM945,550 untuk membantu golongan asnaf dan B40.

JAKIM mengambil inisiatif mewujudkan Tabung Musa’adah bagi membantu individu dan golongan asnaf yang ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran dan lain-lain.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE