fb fb fb fb fb

Lebih RM15,000 nilai jualan dicatat pada jualan usahawan muda MADA

(Tudung saji antara produk kraftangan yang dijual)

KANGAR, 21 Oktober- Lebih RM15,000 nilai jualan dicatat pada Karnival Jualan Usahawan Bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah 1 Perlis yang berlangsung selama empat hari dan berakhir petang tadi.

Hasil jualan berkenaan direkod oleh 15 usahawan terlibat pada program yang berlangsung di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis setelah dikunjungi lebih 3,000 pengunjung.

Menurut Pengurus MADA Wilayah 1 Perlis, Zairizal Zainon, "karnival itu turut melibatkan pelbagai jenis jualan produk usahawan serta pelbagai aktiviti sampingan termasuk demonstrasi teh tarik, roti canai terbang, gubahan kek dan karaoke cilik.

"Dalam karnival kali ini kita juga memperkenalkan makanan istimewa yang popular di Perlis seperti pani puri dan peria rangup pelbagai perisa.

"Selain itu, produk kraftangan turut menjadi pameran pada karnival kali ini."

Beliau memaklumkannya kepada media ketika meninjau pelaksanaan Program Jualan Usahawan Bimbingan MADA di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis.

Secara keseluruhannya, terdapat lebih 681 usahawan yang menghasilkan pelbagai produk Industri Makanan hasil bimbingan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Wilayah 1 Perlis sehingga kini yang mampu menjana pendapatan bulanan mencecah lebih RM17 juta.

(Zairizal Zainon ditemui pemberita di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis)

 

Media Baharu