KOTA BHARU, 22 Januari - Lebih 4 juta belia berusia 18 tahun sudah didaftarkan sebagai pengundi secara automatik setakat 16 Januari lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia dilakukan menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2019.
"Oleh itu, saya berharap pertubuhan-pertubuhan belia seperti mayc akan memainkan peranan untuk memberikan kesedaran kepada golongan muda tentang pentingnya proses demokrasi, proses ini amat penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah benar-benar layak serta mampu menerajui negara. kesilapan memilih pemimpin akan memberikan kesan yang buruk kepada negara pada masa akan datang".
Perdana Menteri berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung MAYC Kali Ke 60, di Kota Bharu.
Ujar beliau, pertubuhan belia perlu berperanan jadi pemangkin bersama-sama pemegang taruh institusi kerajaan membangunkan anak muda.
Untuk itu, lebih ramai anak muda proaktif diharap memberi pandangan membina selain tidak menjadikan pertubuhan belia pentas berpolitik atau untuk kepentingan peribadi.
Pada majlis itu Perdana Meneri turut meluluskan peruntukkan berjumlah RM400,000 kepada MAYC.