
KUANTAN, 24 Ogos – Kebakaran hutan seluas kira-kira 4.05 hektar berlaku melibatkan kawasan laluan paip saluran gas Petronas serta kawasan penempatan berhampiran perumahan
Seri Mahkota Damai di sini, petang tadi.
- JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan pada 3:31 petang; jentera BBP Indera Mahkota tiba di lokasi pada 3:54 petang.
- Operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu dengan dua nozel, dua hos sepanjang 400 kaki, dan dua nozel air dari pam.
- Seramai 14 anggota bomba dan lapan anggota Petronas terlibat; tiada mangsa dilaporkan dan operasi pemadaman masih dijalankan.
- Sabtu lalu JBPM Pahang menerima 21 panggilan kecemasan, 14 daripadanya membabitkan kebakaran belukar.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima panggilan kecemasan pada pukul 3:31 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota tiba di lokasi pada 3:54 petang.
Penolong Pengarah JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan dua nozel, selain dua aliran hos sepanjang 400 kaki dan dua nozel air daripada pam jentera melalui pili bomba.
“Seramai 14 anggota bomba terlibat dalam operasi berkenaan, selain lapan anggota Petronas. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi pemadaman masih dijalankan,” jelasnya.
Beliau menambah, pada Sabtu lalu, JBPM Pahang menerima 21 panggilan kecemasan dengan 14 daripadanya membabitkan kebakaran belukar.