fb fb fb fb fb

Lebih 4,000 pengguna muat turun, daftar MyJPJ di Perlis

FOTO HIASAN/FOTO RTM

ARAU, 18 Januari - Kira-kira- 4,736 pengguna kenderaan di Perlis telah memuat turun dan mendaftar melalui aplikasi MyJPJ sehingga kini sejak dimulakan pertengahan tahun 2023 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis.

Sehingga kini, JPJ Perlis terus mempergiatkan promosi bagi membolehkan lebih ramai pengguna kenderaan mendaftar menerusi MyJPJ

Menurut Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, menjelang penghujung tahun 2025 nanti, pihaknya menyasarkan 100 peratus pengguna kenderaan di Perlis memanfaatkan aplikasi MyJPJ.

Ini selari dengan hasrat kerajaan membudayakan perkhidmatan secara digital kepada semua pengguna kenderaan dengan pelbagai penambahbaikan dilaksanakan termasuk pembaharuan lesen memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor secara digital berkuatkuasa mulai 1 Februari ini.

Sebanyak 38 perkhidmatan disediakan kepada pengguna kenderaan menerusi aplikasi MyJPJ secara berperingkat.

"Bila kita menggunakan aplikasi ini (My JPJ), kita cuma tunjuk kongsi dengan pengguna yang lain.

Maksudnya kita boleh kongsi aplikasi itu dengan pemandu. sangat mudah dan tidak perlu
bawa banyak dokumen", katanya demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Setia JPJ Negeri Perlis di Kompleks JPJ Perlis di sini.

Bersempena majlis berkenaan, seramai 12 pengamal media Perlis termasuk wartawan dan jurukamera RTM menerima Sijil Khas Pengarah JPJ Perlis atas kolaborasi bersama JPJ sepanjang 2023.

Sepanjang 2023, JPJ Perlis telah berjaya mengutip hasil berjumlah RM30.4 juta menerusi pelesenan kenderaan, pelesenan pemandu, penguatkuasaan, perkhidmatan JPJ Mobile, KIOS JPJ dan WeServe UTC Perlis.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD