KUALA KLAWANG, 24 April- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Undang Luak Jelebu ke-16 di Dewan D'Sury Kuala Klawang hari ini dihadiri lebih 4,000 pengunjung.
Menurut Undang Luak Jelebu ke-16 Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad, majlis dijalankan bertujuan memberi peluang kepada rakyat dan juga institusi undang untuk bersama-sama sama meraikan Hari Raya Aidilfitri.
"Ini boleh dikatakan satu majlis tradisi yang lazim dilakukan. Setiap balai undang akan melaksanakan program hari raya. Apa yang kami dapat katakan, dengan cara begini Datuk Undang dan Tok Puan lebih dekat dengan masyarakat ataupun anak luak di luak," beliau berkata demikian ketika ditemui RTM pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini.
Dalam pada itu Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias.
Rata-Rata pengunjung yang hadir turut menyatakan keterujaan menghadiri majlis itu yang dikatakan lebih meriah pada kali ini dan jemputan yang terdiri dari pelbagai kaum juga dapat menyatupadukan rakyat.
Menurut pengunjung Lee Wah Leng, "program seperti ini sangat baik kerana kita semua boleh bercampur tidak kira bangsa, Melayu, Cina dan India. Hari Raya Aidilfitri ini besarlah jadi kkita semua boleh berkumpul."
Bagi Kamarudin Atan, " Datuk Undang buat acara seperti ini boleh beri peluang kepada kita semua untuk berkumpul daripada luar dan dalam daerah Jelebu ini."
Puziah Darus yang pernah datang program ini tahun lepas turut, "hadir ke sini sebab meriah, selain itu semua makanan yang disediakan pun sangat sedap."
(Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad)