fb fb fb fb fb

OP Selamat 20, Perak catat 586 kes kemalangan

IPOH, 24 April- 586 kes kemalangan dicatat pada hari kelima OP Selamat 20 di Perak.

Ketua Polis Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, "jumlah tersebut berkurangan enam peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

"Sepanjang tempoh tersebut juga tiga kemalangan maut dicatatkan membabitkan lima kematian."

Manakala sebanyak 989 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya.

Kesalahan paling tinggi dicatatkan adalah halangan lalu lintas dengan 270 saman.

Sehubungan itu, Mohd Yusri menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

(OP Selamat 20 di Perak)

Media Baharu