fb fb fb fb fb

Lebih 33,000 ATM mula terima bayaran BIW Julai ini

KOTA KINABALU, 31 Mei- Seramai 33,586 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara akan mula menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bermula 1 Julai ini.

Ia bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (BISM) yang diberikan kepada mereka dengan kadar lebih rendah berbanding BIW yang diterima oleh penjawat awam persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan negara bagi tempoh setahun berjumlah RM87.8 juta.

"Saya umumkan juga pegawai dan anggota ATM yang bertukar wilayah menerima BISS dan BISM, namun kadar ini rendah berbanding kadar dengan yang diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang lain.

"Saya fikir wajar kita pertahankan, maka kerajaan bersetuju memanjangkan BISS dan BISM untuk manfaat pegawai dan anggota ATM berkuatkuasa 1 Julai ini," katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga ATM di Kem Lok Kawi, di Kota Kinabalu.

Terdahulu Anwar turut mengumumkan akan membina sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kem Lok Kawi bernilai RM23 juta, membina perumahan ATM di Lok Kawi dengan peruntukan tidak melebihi RM5 juta dan menambah baik 49 rumah terbiar di kem berkenaan untuk dijadikan 47 kuarters awam serta rumah transit Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah di Taman Lok Kawi, Papar dengan nilai perumtukan RM25 juta.

Turut dilaksana projek sedia ada iaitu pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) tambahan pelbagai kelas Kem Lok Kawi dengan kos sebanyak RM213 juta dan membaik pulih serta naik taraf Aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, dengan kos RM4.8 juta.

(Anwar Ibrahim/Foto FB Anwar)

Media Baharu