fb fb fb fb fb

Lebih 300,000 pengunjung meriahkan Festival perarakan Chingay Johor Bahru 2024

Foto FB HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU, 2 Mac-Lebih 300,000 pengunjung menghadiri Festival perarakan Chingay Johor Bahru 2024 di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, malam tadi.

Perasmian disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.   

Hadir mengiringi baginda, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Perarakan sepanjang lapan kilometer itu diserikan dengan 13 kereta berhias bersama-sama 10 kumpulan tarian singa serta naga.

"Sangat seronok sebab ramai orang di sini, trafik sesak pun banyak, jadi kita nampak Chingay ni sangat penting di Johor. Ibu saya pun sangat teruja untuk datang sini. Walaupun dia strok, dia sangat seronok nak datang sini jadi saya bawa dia," kata pengunjung, Low Wei Ching.

"Best la sebab saya dapat tengok semua bangsa berkumpul dalam satu festival ni, ia menunjukkan Malaysia negara yang pelbagai," kata pengunjung, Mohd Hamdhani.

"Saya tinggal di Johor Bahru dan ini kali kedua saya tengok festival ini. Saya pernah tengok tahun lepas dan ia sangat mengujakan. Saya sangat suka melihat kepelbagaian berbeza daripada yang saya selalu lihat," pengunjung, Joergen Jensen.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM