fb fb fb fb fb

Hujan berterusan, sebuah PPS di kampung Segong dibuka

Angkatan Pertahanan Awam membawa lelaki OKU dibawa ke Dewan Sinar Budi Baru

KUCHING, 2 Mac- Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Segong, Bau dibuka awal pagi tadi bagi menempatkan lapan individu dari tiga keluarga yang terjejas banjir dari kampung berkenaan.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sarawak berkata, PPS terbabit diaktifkan pada pukul 6.55 pagi.

Hujan berterusan sejak pukul 1.00 pagi itu menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Bau dilanda banjir.

Sementara itu, pasukan Angkatan Pertahanan Awam yang melakukan pemantauan di Kampung Sinar Budi, Kuching berjaya membawa keluar seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dari rumahnya selepas jalan kampung berkenaan tidak dapat dilalui.

Lelaki terbabit dipindahkan ke dewan Sinar Budi Baru. Ia ekoran paras air di kawasan berkenaan naik serta merta disebabkan hujan berterusan yang melanda sejak malam tadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI