JOHOR BAHRU, 2 Mac- Seorang wanita warga emas yang mengalami dementia ditahan selepas memandu melawan arus di kilometer 9 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor Bahru, Johor petang semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, wanita berusia 75 tahun itu didapati memandu kereta secara melawan arus antara pukul 12.00 tengah malam hingga 2.50 pagi semalam.
"Dia ditahan di Balai Polis Iskandar Puteri selepas dipanggil untuk beri keterangan," katanya.
Bagaimanapun hasil siasatan mendapati warga emas itu bukan berada bawah pengaruh alkohol.
Insiden itu juga tular di media sosial.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.