fb fb fb fb fb

Lebih 3,000 anggota Polis Negeri Sembilan siap siaga hadapi PRU15

SEREMBAN, 2 November - Lebih 3,000 pegawai dan anggota Polis Negeri Sembilan bersiap-siaga bagi memastikan keselamantan dan kelancaran sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15)

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yusuff berkata pihaknya akan bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kelancaran proses pengundian di beberapa pusat mengundi di negeri itu.

"Kami akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan semua pusat mengundi dan 379 pusat mengundi, dan sebanyak 1,593 saluran dan kesemua saluran tersebut akan ada anggota PDRM bertugas termasuk di pusat mengundi.


                                                                                  (Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yusuff)

Tambahnya, pihaknya akan turut menugaskan 400 lagi pegawai dan anggota, khas untuk persiapan atau langkah siap siaga sekiranya fasa monsun timur laut menjejaskan hari mengundi nanti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi penamaan calon pada 5 November, manakala pengundian awal pada 15 November diikuti hari mengundi pada 19 November ini.

Media Baharu