fb fb fb fb fb

Lebih 270 Pusat SLDN, kerjasama dengan industri terus diperkukuh

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud

BANGI, 2 Disember- Lebih 270 Pusat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan kerjasama 1,504 industri akan terus diperkukuh bagi pembangunan modal insan di masa hadapan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, langkah itu mampu melahirkan tenaga mahir yang berkualiti dan berkemahiran tinggi sekali gus menepati keperluan pasaran kerja.

"Ini melibatkan banyak syarikat-syarikat yg menghantar anggota-anggota pekerja mereka untuk mendapatkan sijil dan juga ahli-ahli perniagaan yang ingin memastikan bahawa ada diantara pekerja mereka mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selaras dengan arahan kerajaan Malaysia untuk memastikan premis-permis perniagaan seperti terapi kecantikan, bekam dan lain-lain mesti mempunyai SKM yang juga diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia", katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Pembukaan Majlis Konvokesyen kali ke-9 di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Jelasnya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta tahun ini, selain peruntukan RM70 juta dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan golongan tenaga mahir mendapat persijilan yang diiktiraf daripada Pusat SLDN di seluruh negara.

ROSLINA BINTI DIN