fb fb fb fb fb

Lebih 20,000 hadir sambutan Hari Kebangsaaan ke-65 di Kedah

ALOR SETAR, 31 Ogos- Lebih 20,000 orang hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Kedah di Dataran Medan Bandar di sini.

Sambutan bermula 9.00 pagi sebaik keberangkatan tiba Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff diiringi Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut berangkat Tunku Mahkota Kedah Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah.

Sambutan bermula dengan istiadat pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Sultan Sallehuddin sebelum diteruskan dengan persembahan koir dan perbarisan kontinjen.

Sebanyak 115 kontinjen melibatkan lebih 6,000 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan perbarisan.

Walaupun keadaan cuaca panas, pengunjung yang datang seawal pukul 7.00 pagi tidak berganjak bagi menyaksikan perbarisan kontinjen setelah dua tahun sambutan Hari Kebangsaan tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.

(Lebih 20,000 hadir sambutan Hari Kebangsaaan ke-65 di Kedah)

Media Baharu