PUTRAJAYA, 6 November- Lebih 160,000 penagih dadah direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga September lalu.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 31.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Beliau menyatakan bahawa golongan belia berumur antara 19 hingga 39 tahun mencatatkan jumlah tertinggi dengan hampir 99,000 kes penyalahgunaan dadah.
"Rekod kami menunjukkan 95.7 peratus penagih adalah lelaki, manakala 4.3 peratus adalah wanita.
"Ini berdasarkan tangkapan dan juga rawatan di institusi kami seperti PUSPEN, Program Komuniti, dan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian.
"Secara keseluruhannya, tahun ini sahaja, kita telah merawat seramai 86,195 orang," katanya dalam program Sembang Santai Ketua Pengarah AADK Bersama Media di sini.