fb fb fb fb fb

Lebih RM129 juta diagih kepada peserta Felcra

Foto FB Zahid Hamidi

KLUANG, 26 September- Lebih RM129.81 juta diagih Lembaga FELCRA Berhad kepada 68,000 peserta melalui keuntungan boleh agih interim 2, tahun ini membabitkan 600 projek untung di seluruh negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, agihan tersebut susulan peningkatan prestasi yang ditunjukkan bagi projek penyatuan dan pemulihan yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM218 juta.

Kaedah bayaran yang ditetapkan adalah secara berfasa.

"Saya mengucapkan syabas kepada FELCRA Berhad atas kejayaan mengekalkan prestasi yang baik, dengan peningkatan hampir RM82 juta atau 168 peratus berbanding prestasi tahun lalu. Dalam pemukiman ketiga, semua lembaga kemajuan wilayah dan anak syarikat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mencatatkan keuntungan.

"Kita mampu berdikari untuk meraih keuntungan dan akhirnya dapat membiayai lembaga wilayah serta anak syarikat sendiri," katanya selepas merasmikan Majlis FELCRA MADANI: Santuni Rakyat di Dewan Serbaguna Chamek di sini.

Turut hadir, Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau juga memuji usaha FELCRA Berhad yang terus membantu peserta melalui pelbagai program yang dilihat memberi pendapatan sampingan yang lumayan kepada mereka.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM