fb fb fb fb fb

JPN nafi hantaran tular bantuan MyKad RM700 fasa 3

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 September- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan hantaran di media sosial berkaitan bantuan MyKad RM700 fasa 3 yang dibuat jabatan itu.

JPN menerusi satu kenyataan berkata, hantaran yang tular menerusi platform TikTok itu adalah palsu.

"Sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, ia boleh disemak di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (bantuantunai.hasil.gov.my)," katanya.

Pada masa sama JPN menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan
hantaran sebegitu serta menekan pautan yang tidak pasti.

"Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," katanya lagi.

Terdahulu, tular satu video di aplikasi TikTok daripada akaun @malaysia.madani.2024 yang memaparkan maklumat palsu mengenai 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 September 2024'.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI