fb fb fb fb fb

Anwar sedia isytihar harta pada bila-bila masa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.

Ketika ini Kerajaan MADANI juga komited dalam membanteras rasuah dan penyelewengan.

"Saya sedia untuk mengisytiharkan harta sekali lagi. Kalau esok minta isytihar, esok juga saya akan pergi. Kalu tidak salah kenapa perlu takut untuk mengisytiharkan harta.

"...dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak ada sahaj kebocoran. Ada sahaja dana negara yang hilang. Sekiranya begini bagaimana negara untuk maju? Ketirisan itu bukan sedikit beratus juta, bahkan berbilion," katanya

Beliau berkata demikian ketiak berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz di Taman Alam Sutera di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI