NIBONG TEBAL, 1 April - Seramai 12,330 warga asing yang ditahan di depot imigresen seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata daripada jumlah itu, 9,606 adalah tahanan lelaki manakala selebihnya merupakan tahanan wanita.
Beliau berkata, untuk tempoh sama iaitu antara Januari tahun ini hingga kelmarin, seramai 11,650 warga asing masih ditahan di depot-depot berkenaan.
Kesemua tahanan tersebut ditahan mengikut kepada tiga kategori.
"Terdapat beberapa kategori tahanan di depot imigresen seperti banduan asing yang tamat hukuman penjara dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk urusan pengusiran ke negara asal.
"Kedua mereka yang ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 atau Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta kesalahan-kesalahan imigresen lain yang masih dalam siasatan kes dan tahanan warga asing yang diserahkan oleh agensi penguatkuasaan lain untuk tindakan usir. Ketiga Majoriti PATI ini terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan Myanmar," kata Ruslin disini.
(Ruslin bercakap kepada media pada majlis penutupan
Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap
yang beroperasi sejak lebih dua tahun lalu, semalam)
Difahamkan, terdapat dua lagi depot sementara dan 18 depot imigresen kekal di seluruh negara ketika ini.