KUALA LUMPUR, 16 Jun- Lebih 100,000 pengunjung menerima manfaat daripada Program Karnival Jualan Agro MADANI (JAM) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pahang.
Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan program itu membantu rakyat untuk mendapatkan barang kawalan dan produk keperluan asas terpilih, pada kadar 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
"Menerusi program ini, ia dapat membantu usahawan dan pengguna untuk terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
"Pelbagai acara menarik turut diadakan bagi manfaat ekonomi orang ramai dan salah satunya 'Go Cashless' yang menggalakkan pengguna berbelanja tanpa tunai yang lebih selamat,mudah dan cepat," katanya.
Program tiga hari yang bermula 13 hingg 15 Jun di Pasar Tani Kekal Chini itu juga membekalkan produk segar, barang kawalan dan produk keperluan asas terpilih.