fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 pengunjung meriahkan Majlis Aidilfitri Pengasih

KUALA LUMPUR, 5 Mei- Lebih 1,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Aidilfitri Pengasih di Rumah Pengasih Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Aantidadah Kebangsaan, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, majlis ini merupakan satu inisiatif bagi meraikan Aidilfitri dan mengeratkan hubungan warga Pengasih.

"Alhamdulillah dengan adanya penyertaan bekas-bekas klien ataupun klien-klien yang mungkin menjalani pemulihan di dalam komuniti akan membolehkan mereka bertemu semula dengan rakan-rakan yang telah pulih, berjumpa dengan mentor.

"Kita dapati ada beberapa mentor yang saya kenal hadir pada hari ini. Ini akan mengeratkan semula silaturahim yang telah lama terpisah apabila mereka kembali semula kepada masyarakat dan juga berjumpa dengan keluarga," kata Muhamad Sade kepada media di majlis tersebut.

Tambahnya, majlis kali ini turut melibatkan sembilan cawangan Pengasih negeri yang menampilkan pelbagai juadah menarik untuk dinikmati pengunjung.

Persatuan Pengasih Malaysia merupakan pusat rawat pulih penagih dadah yang memberi rawatan bagi masalah penagihan dan membantu memulihkan klien secara sepenuhnya.

(Datuk Dr Muhamad Sade berkata, majlis ini merupakan satu inisiatif bagi meraikan Aidilfitri
dan mengeratkan hubungan warga Pengasih)

Media Baharu