fb fb fb fb fb

Hari Terbuka Parlimen disambut meriah

KUALA LUMPUR- 6 Mei- Parlimen Malaysia buat julung kali membuka pintunya kepada orang ramai selama dua hari bermula hari ini.

Ia bertujuan mendekatkan rakyat dan mendedahkan mereka kepada peranan, kepentingan serta sejarah Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dalam ucapanya berkata, kehadiran orang ramai pada hari ini menunjukkan bahawa peneraju perundangan negara menerima sokongan baik rakyat.

Katanya program tersebut membuka ruang kepada orang ramai untuk mengetahui peranan Ahli Dewan Negara Dan Dewan Rakyat dalam memperjuangkan suara rakyat.

Beliau turut merasmikan Hari Terbuka Parlimen dan melancarkan buku bertajuk “Parliament of Malaysia: Pillar of the Nation's Democracy”.

"Pelbagai aktiviti turut diatur seperti persembahan kebudayaan, demonstrasi dan pertandingan sukan tradisional dan demonstrasi masakan warisan," kata Rais.

Turut hadir Ketua Pentadbir Parlimen, Ahli-ahli parlimen, duta dan perwakilan asing.

Majlis perasmian boleh disaksikan secara langsung di saluran Youtube Parlimen Malaysia.

(Tan Sri Dr Rais dalam ucapanya berkata, kehadiran orang ramai pada hari ini menunjukkan
bahawa peneraju perundangan negara menerima sokongan baik rakyat)

Media Baharu