fb fb fb fb fb

Lantikan Syed Hamadah berkuat kuasa hari ini - TH

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan Syed Hamadah Syed Othman sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin, yang telah melengkapkan perkhidmatan selama dua tahun.

Syed Hamadah merupakan pengarah serta rakan kongsi di Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd dan merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dari 2018 hingga 2020.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dan pakar dalam perundingan multinasional dan organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan pengambilalihan.

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar yakin, kemahiran dan pengalaman luas Syed Hamadah akan meneruskan usaha memperkukuh tadbir urus serta operasi agensi itu ke tahap lebih cemerlang dan membanggakan.


(Foto FB TH)

Media Baharu