fb fb fb fb fb

Insiden langgar lari tular, kedua pihak tampil ke IPD Taiping

TAIPING, 6 Mei- Kedua-dua pihak yang terlibat dalam dakwaan kemalangan langgar lari di Jalan Sitiawan-Taiping telah tampil membuat laporan polis.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid, apabila pihak terlibat telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Taiping pada semalam.

Insiden itu turut membabitkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh di jalan awam.

Kejadian yang tular di media sosial itu berlaku di Jalan Sitiawan-Taiping berdekatan Simpang Empat Temerlok kira-kira pukul 7.30 malam, Rabu lalu.

Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikatakan telah melanggar sebuah motorsikal dinaiki kanak-kanak berkenaan bersama ibu bapanya sebelum melarikan diri. 

Kanak-kanak itu mengalami luka di kaki, tangan dan muka.


(Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid)

Media Baharu