fb fb fb fb fb

Cuaca panas, sesi kuliah di IPTA tidak ditangguhkan

(Foto BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 6 Mei- Sesi kuliah di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak ditangguhkan susulan musim panas yang sedang melanda negara ketika ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia termasuk tiada sebarang penangguhan aktiviti sukan di semua institusi pengajian tinggi awam.

Katanya, aktiviti sukan masih berjalan seperti biasa terutama pada waktu petang.

Bagaimanapun, keputusan menangguhkan aktiviti luar akan dibuat bergantung keadaan semasa. 

"Kita bergantung kepada keadaan. Aktiviti sukan tidak wajib dan ia bergantung kepada IPTA. Masing-masing wajib menjaga kesihatan diri terutama ketika cuaca panas ini," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu