fb fb fb fb fb

Lawatan wakil China ke Perak perluas pasaran pelancongan antarabangsa

Exco Perak, Loh Sze Yee / Foto RTM

IPOH, 11 Februari-Lawatan 55 wakil agensi dan pemain industri dari China ke Perak dapat meluaskan pasaran produk pelancongan tempatan ke peringkat antarabangsa.

Exco Negeri, Loh Sze Yee berkata, kerjasama tersebut sekaligus mengukuhkan hubungan pelancongan Malaysia - China.

Jelas beliau lagi, sesi Perniagaan Antara Perniagaan (B2B), anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu turut melibatkan Selangor dan Negeri Sembilan.

"Mereka merupakan pengusaha agensi pelancongan. di mana mereka akan mengambil secara pukal dan mereka akan bahagi-bahagikan dengan agensi- agensi mereka.

Mereka telah lawat Perak. Antaranya adalah di Kuala Kangsar dan Ipoh.

"Mereka juga berada beberapa tempat yang istimewa untuk Perak seperti kawasan yang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah", katanya di sini.

Turut dipromosikan, kawasan pelancongan di Taiping dan Pulau Pangkor yang mempunyai keunikan tersendiri.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD