fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke Jerman mampu tingkat pelaburan PKS Jerman ke Malaysia

Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin

BERLIN, 10 Mac- Lawatan Rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Persekutuan Jerman, bukan sahaja bakal meningkatkan hubungan bilateral kedua-dua negara, malah mampu meningkat pelaburan membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Jerman ke Malaysia.

Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin berkata, sebanyak RM55.78 bilion pelaburan diluluskan Malaysia melibatkan republik itu.

"Pelaburan kita yang diluluskan pada 2023 adalah sebanyak RM55.78 bilion, terdapat 649 projek pembuatan dan mewujudkan kira-kira 71,399 peluang pekerjaan, daripada pelaburan Jerman ke Malaysia sejak tahun 1980", katanya semasa ditemui media di sini.

"Pelaburan yang dilaksanakan ialah 481 projek pembuatan yang berjumlah dalam RM44.16 bilion dan kira-kiran 48,000 pekerjaan.

Tambah beliau, pada hari keempat lawatan, Perdana Menteri dijemput memberi ucaptama pada ‘SME Future Day’ yang menghimpunkan syarikat-syarikat perniagaan terkemuka Jerman, sekali gus menjadikan ‘SME Future Day’ antara platform penting ke arah mempertingkat  pelaburan PKS Jerman ke Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Jerman bermula hari ini hingga 15 Mac.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

 

1003 BERLIN
Berlin, Jerman

ROSLINA BINTI DIN