fb fb fb fb fb

Keseimbangan akademik, kokurikulum, terjemahan semangat Falsafah Pendidikan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

GURUN, 10 Mac- Keseimbangan antara pendidikan akademik dan kokurikulum penting sebagai terjemahan kepada semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendidikan di sekolah harus memberikan tumpuan yang saksama terhadap pembangunan aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Fadhlina, dengan yang demikian, prinsip 'karamah insaniah' akan terus dipertahankan dan seterusnya membentuk anak-anak didik yang beradab, berakhlak dan berintegriti. 

Katanya, selain menghargai pencapaian, pendidikan manusiawi dari perspektif Pengakap dapat dipupuk melalui disiplin dan pengajaran nilai-nilai murni di lapangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspirasi Guru Pengakap Negeri Kedah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Gurun di sini.

Fadhlina mengucapkan terima kasih kepada MPNK kerana telah menganugerahkan Pingat Bintang Peringatan 100 Tahun Pengakap Kedah kepada beliau dan kepimpinan MPNK yang merupakan guru Pengakap. 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penerima dan berharap agar Pengakap terus setia dan berbakti.

ROSLINA BINTI DIN