fb fb fb fb fb

Lawatan kerja Presiden Indonesia, positif, memberangsangkan

(Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia Joko Widodo di Seri Perdana pada 8 Jun 2023/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 9 Jun- Lawatan kerja Presiden Indonesia ke Malaysia disifatkan sebagai memberangsangkan dan positif untuk hubungan dagang antara kedua-dua negara.

Penganalisis Ekonomi Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, keakraban hubungan antara kedua pemimpin juga berjaya menyelesaikan beberapa isu yang berlarutan seperti isu sempadan.

(Jokowi (kiri) Anwar Ibrahim (kanan) dalam sidang media bersama
di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya)

"Antara kerjasama yang berterusan terutamanya Malaysia dan Indonesia berkenaan minyak kelapa sawit, itu yang pasti berlaku.

"Keduanya seperti yang saya katakan adalah perdagangan rentas sempadan antara kedua negara, ia menjana ekonomi dari segi aspek peruncitan dan juga kepada aspek pelancongan di negara kita. Ini harus kita giatkan kerana di sinilah banyak perniagaan mikro kecil dan sederhana", katanya dalam sebuah rancangan terbitan RTM. 

Tambah beliau, Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang telah ditandatangani juga dilihat sebagai satu pencapaian yang positif bagi kedua-dua negara.


Media Baharu