fb fb fb fb fb

Larian Amal MSDeaf terima penyertaan 1000 peserta

(Peserta larian amal MSDeaf di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- 1,000 orang peserta terdiri daripada komuniti pekak di seluruh negara telah mengadakan larian amal sempena minggu kesedaran orang pekak Antarabangsa.

Aktiviti itu dianjurkan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang bertempat di dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad.

Presidennya, Ong Shin Ruenn berkata, "larian ini sebagai kesedaran kepada orang ramai tentang komuniti orang pekak di negara ini."

Katanya, "ia akan menjadi pendorong kepada orang pekak dan atlet pekak supaya terus berjuang dan kuat bagi meneruskan kehidupan seperti biasa."

Beliau berkata sekiranya diteliti, atlet pekak mempunyai potensi untuk bersaing dengan atlet normal pada masa hadapan dan ia penting dalam perkembangan mereka melangkaui kerjaya dalam bidang sukan.

(Ong Shin Ruenn, Presiden MSDeaf ketika ditemui pemberita)

"Impak kepada atlet kami adalah dengan penerimaan pingat yang telah dimenangi dalam acara sukan. Jadi, larian ini aadalah sebagai tanda sokongan buat atlet supaya terus maju dan berusaha.

"terima kasih juga kepada Istana Pahang dan konsultansi yang bersama dengan kita untuk merealisasikan program ini supaya terus berjalan lancar" jelasnya ketika ditemui pemberita.

Kira-kira 8,000 ahli dimiliki MSDeaf di seluruh negara dan telah menjadi ahli Jawatankuasa Antarabangsa Sukan untuk Orang Pekak sejak tahun 1997.

Media Baharu