fb fb fb fb fb

Lapan pasukan rebut gelaran juara Malaysia Volleyball League, hadiah wang tunai bernilai RM42,000

SHAH ALAM, 24 Februari - Lapan pasukan akan bertanding dalam kejohanan Malaysia Volleyball League 2022 bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan RM42,000.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata pasukan yang menyertai kejohanan ini ialah Selangor, Johor, Sarawak Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Penonton boleh hadir melihat kejohanan ini mengikut normal baharu serta SOP yang ditetapkan antaranya memakai pelitup muka, vaksinasi sekurang kurangnya dua dos, mengimbas kod QR dan penjarakan sosial," kata beliau kepada pemberita.

"Kejohanan ini bagi mencungkil bakat baharu di dalam sukan bola tampar untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain menjadikan Shah Alam sebagai bandaraya sukan," tambahnya ketika dalam sidang media kejohanan tersebut yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia, Hean Boon Yeow di Shah Alam.

Kejohanan yang dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) itu akan berlangsung pada 8 hingga 13 Mac depan di Dewan Bola Tampar Seksyen 4, Shah Alam.

Media Baharu