fb fb fb fb fb

Langgar syarat sah lesen, vesel nelayan bersama 6 kru ditahan

FOTO MARITIM PAHANG

KUANTAN, 18 Ogos – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) bersama enam kru termasuk tekong warga tempatan berusia antara 21 hingga 37 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki melanggar syarat sah lesen di kedudukan kira-kira 0.23 batu nautika dari timur Pantai Pontian, Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, vesel itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika operasi Op Makmur dan Op Tiris.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik vesel tidak mengusahakan sendiri, gagal memaklumkan pertukaran enjin serta membawa awak-awak melebihi jumlah dibenarkan,” katanya.

Maritim Malaysia turut merampas kira-kira 150 kilogram hasil tangkapan sebelum mengiringi vesel, kru dan peralatan menangkap ikan ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE