fb fb fb fb fb

'Lan Berambeh' simbol kebersamaan, keharmonian, dan kasih sayang

Majlis Makan Malam Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 di ibu negara

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Lan Berambeh bukan sekadar wadah untuk anak Sarawak "berambeh" beramai-ramai, ia sebenarnya adalah simbol kebersamaan, keharmonian, dan kasih sayang sesama anak-anak Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2024 yang juga Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang berharap agar semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan orang Sarawak khususnya akan terus terpelihara dan bertambah demi Sarawak Maju dan Makmur.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam LBAS 2024 di ibu negara.

Sementara itu ajlis perasmian LBAS 2024 disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Majlis berkenaan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama barisan pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Penganjuran LBAS 2024 kali ini menyaksikan lebih 100 pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI